Thursday 2 February 2012

[020212] Allah Tolong Ampunkan Dosaku

Seorang anak muda bertanya soalan “adakah Allah memberi keampunan kepada saya?”. Sedangkan anak muda tersebut telah memulai kerja-kerja maksiat dalam usia yang sangat muda. Dalam usia 17 tahun sahaja dia telah mempunyai catatan panjang dari perbuatan keji dengan segala bagai rupa jenisnya sehingga pernah melanggar kehormatan anak dara kecil. Kemudian dia berkata : “ Saya bertaubat kepada Allah Azza Wa Jalla, saya bangun tengah malam dan mengerjakan solat Tahajjud sebahagian malam, saya berpuasa Isnin dan Khamis dan membaca Al-Quran selepas solat subuh. Maka adakah sya berpeluang untuk bertaubat?
Bila kita kembali kepada Al-Quran, maka didapati firman Allah:
“Hai hamba2ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu putus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa kamu semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada tuhanMu dan berserah dirilah kepadaNya”
(Surah Az-Zumar  53-54)