Wednesday 29 May 2013

[290513] SARS

SARS
(Sasau Akibat Rasa Suka)

Bila mana si adam bertemu dengan si hawa.
Mula-mula berkawan biasa,
lama-lama tersuka.
Macam perkara biasa.
Tapi ianya luar biasa.

Tanpa kita sedar.
Tanpa kita duga.
Siapa sangka kan ?

Bila ditegur, menjawab pula.
“Alah, biasa la. kawan.”

Kawan , kawan juga.
Batas pergaulan jangan lupa.

Awal-awal sembang pasal hal keagamaan.
Lama-kelamaan bertukar topic pula kan.
Kalau dahulunya ikhtilat terjaga kerana ada sifat segan,
tapi kini ia pecah secara perlahan.
Kononnya confirm bakal suami isteri la kan !

Suka-suka di permulaan.
Bila dah kecewa, baru nak ingat Tuhan. 

Indahnya bermain kata
Manis bak gula-gula
Berjanji setia
Tapi sayang 
Diluahkan pada belum empunya.

Ya,
Cinta mampu membuat kita ketawa
Cinta juga mampu membuat kita hiba
Cinta membuat kita bahagia
Cinta juga membuat kita berduka

Bila terlalu banyak kata-kata
Akhirnya kata-kata pun hilang sweetnya

Dunia. Dunia.

Lebih baik pendam perasaan.
Luahkan hanya pada Tuhan.

Allahu

Mudah-mudahan kita sentiasa dibawah perlindunganNya.
Tabarakallah.

*Entry ni terhasil lepas aku tengok video kat bawah ni*

Awesome.
Layannnnnnnn...

kbaii.

Tuesday 28 May 2013

[280513] Jarak Itu Perlu


"Perasaan itu datangnya tanpa diundang,
 ia tidak boleh dipaksa dan tidak boleh ditipu,
 tetapi ia boleh berubah walaupun ia tidak boleh dibuang. 
Untuk kepastian letakan tapak tangan di dada, tanya pada hati. 
Jawapannya ada di sana 
dan jangan nafikan perasaan yang ada di dalam hati kita sekarang ini "
-anonymous-

Nak bercinta, tak perlu heboh. 
Cukuplah cinta diam-diam .
Kan itu lebih indah,  
Tiada pertemuan, 
tiada kata-kata cinta.
Biar Allah jadi perantara 
Biar hati terpelihara. 

Nak pikat hati orang,
"Pikat hatinya dengan lafaz doa, bukan bicara manis.
 Antara lafaz doa dgn bicara manis, doa lagi power!"

Doa pada Allah , minta Dia jagakan orang yang awak sayang tu untuk awak.

Jarak itu perlu.
Allah menjarakkan awak dengan si dia yang awak cinta 
sebab nak cinta awak exclusive hanya untuk Dia.  
Maybe sekarang awak confused. 
tapi suatu hari nanti, InshaAllah
 bila awak dan dia dipertemukan kembali 
awak akan sedar betapa indahnya perancangan Allah buat. 
Tak semestinya awak akan bertemu si dia.
Tak mustahil awak akan bertemu dengan yang lebih baik.

Cinta datang dalam pelbagai cara, kasih hati siapa yang tahu.
 Rasa sayang itu Allah yang punya, tepuk dada tanya yang Satu.

Yang penting sabar.

Ganjaran menanti buat mereka yang sabar.
Tidak di dunia. Akhirat itu pasti! 

^_^

kbaii

Friday 10 May 2013

[100513] KMPk 2012-2013 : A2T9

First dapat kelas A2T9, aku rasa hampa sebab tak sama kelas ngan kawan sekolah lama aku. Aku ni bukanlah jenis friendly. Nak start conversation dengan orang payah. Kalau orang tegur aku, barulah aku cakap. Selagi si dia tak start, memang aku takkan cakap pape. Bukan sombong, tapi entah la. Aku pun tak tahu. Perangai aku memang macam tu.

Tapi aku salah.
Aku tak patut pun rasa hampa tu. hihi
Lepas kenal korang, baru aku tahu
sebenarnya,
bebudak kelas akulah perghh, AWESOME !
Tak sangka aku.

Kadang kadang aku rasa low gila duduk dalam kelas tu.
Korang punya pasal la, pandai sangat.
Penat aku nak kejar.
Menangis lemak aku kepenatan.
 Tengok acap je aku dah tension.
 Kalau aku boleh korek otak acap tu, dah lama aku curi.
haih.
-_-



Paling aku tak lupa pasal GAMUDA.
Macam-macam perangai ada time ni.
Macam-macam perangai tu la yang mengajar erti
kerjasama, kesabaran, dan persahabatan sebenar.


Dan akhirnya kita berjaya.
Alhamdulillah. ^_^
Tahniah korang !

Banyak kenangan sepanjang bersama ngan korang.
Tak dapat nak diceritakan dengan kata-kata.
Hanya mampu disimpan dalam kotak memory
dan
tersenyum.

Bebudak kelas aku (A2T9b) dengan Pn. Marina. 

 Bakal-bakal isteri solehah barangkali. InshaAllah.
Lagi2 yang pegang beg kaler kuning tu.
>.<

 A2T9a dan A2T9b

Sayang korang. >.<

Sekarang masing-masing dah jauh.
Tapi takpe.
Biar jauh dimata. Asalkan dekat dalam doa.
^_^

 Semoga korang berjaya di dunia dan di akhirat.

"Di sini jua, memori tercipta walau seketika, terjalin kasih kita.
Mungkin disini kita kan terpisah kenangan bersama. Tiada ku lupa.
Yang terpahit jua termanis semuanya bagiku terindah
Ku ingati buat selama-lamanya"

~Ukhwah fillah selamanya~


Thursday 9 May 2013

[090513] Tentang Perasaan


Bila tentang soal perasaan.
Sesuatu yang tak kelihatan,
Tetapi ia dapat dirasai.

Terkadang kawan kita bukan tak memahami
Tapi dia sendiri buntu memikirkan jalan penyelesaian.
Jangan salahkan kawan kita.
Kerana dia juga manusia seperti anda.
Ada kelebihan dan ada kelemahan.

Aku tahu,
Kau sedang sorokkan sesuatu
Tentang luka yang berparut,
Air mata yang tersembunyi,
Ketawa yang pura-pura,
Senyuman yang terpaksa direka

Terkadang mata pun tak mampu menipu
Seperti hatimu yang tak selalunya kuat ,
Dengan senyummu yang tak ikhlas
Dan bicaramu yang sentiasa berkata lain dengan apa yang berada di hati

Kau mesti rasa cemburu tengok si dia bahagia
Dan sedih bila teringat kenangan bersama si dia
Dan masih ambil tahu pasal si dia.
Lagi2 ada hal mencurigakan di depan mata sendiri.

Kau selalu nasihat diri kau sendiri "keep moving on"
agar segalanya tak kelihatan begitu menyakitkan barangkali
Memang ianya tak mudah.
dan tak lah ianya terlalu payah.

“Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.”

Perasaan ...
Ia berkait tentang masa dan penerimaan.

Banyak-banyak berdoa k.

"Doa ibarat wireless connection antara hambaNya dengan Pencipta" kata Hlovate.

Doa tak pernah mati.
Allah sentiasa bersama kau
dan tahu apa yang terbaik untuk kau.
InshaAllah keajaiban boleh berlaku
macam 'blackout'.
>.<
*erkkk, tak paham xpe. -_-

and

and

and

Ada kalanya kita sampai di satu titik di mana kita harus tawakkal, redha, diam dan tenang untuk tidak memikirkannya lagi. Mungkin disitu hati kita akan sedia belajar untuk ‘ikhlas’

"kalau jodoh kau dan si dia tak kemana"
ayat selalu dengar kan !

I’ll make dua for you. InshaAllah.

Keep smiling 
^_^

kbaii.




[090513] Ditelan mati emak, diluah mati bapa


Do you ever just wonder if there’s someone who secretly thinks about you 
and wants to talk to you but doesn’t know how. 
 Niat dihati memang nak bgtau. 
Tapi entah kenapa susah nak meluahkan. 
"ditelan mati emak, diluah mati bapa"
hmmm
Sorry. Sorry. And sorry. 
I say “sorry” a lot. 
Mostly bcoz I feel everything is my fault.








Tuesday 7 May 2013

[070513] Diam !

Pernah aku cuba menerangkan hal sebenar
tapi dapat respond macam ni

" Kau diam boleh tak ? "

Dan kini aku memilih diam.
Bukan kerana tak ada yang menemani.
Tapi
Diam untuk hati aku.
Diam aku kerana cadangan kamu.
Diam aku demi kebaikan dia, aku dan kamu.
(mungkin)

Aku akan bercerita pada yang tepat.
Menyerah rahsia hati kepada
Dia yang sanggup merahsiakan.
Diam aku bukan taknak peduli tentang kamu.
Diam aku hanya memerhati.

Diam aku sebab taknak mengeruhkan lagi keadaan.
Dan aku minta maaf kerana diamku ini
seolah-olah aku seorang yang pengecut.

Tapi aku tetap dengan keputusan aku untuk berdiam.
Inilah saatnya menyimpan semua dalam diam.

Bercerita pada diri sendiri.
Berfikir sendiri.
Semuanya sendiri.

Aku rasa ini jalan terbaik.
Biar Dia yang menentukan pengakhiran ceritanya.
.
Serius.
Aku penat.

Dalam diam aku memendamkan.
Terkadang aku tak mampu pendamkan sorang-sorang.

Aku tak kuat.

Semoga aku, dia, kamu dan kita semua baik-baik sahaja.



[070513] Jodoh


Ada orang yang tidak menemukan jodohnya hingga tutup usia. 
Ada juga mereka yang menikah muda. 
Ada yang diam-diam cinta. 
Ada yang mencanang sana-sini.
 Ada yang memendam perasaannya. 
Ada yang tidak berani untuk sekadar menyapa. 
Ada yang berusaha sekuat tenaga.
 Ada yang selalu berdoa. 
Ada yang pasrah je. 
Ada yang salah duga
Ada yang bertemu di laman sosial.
Bak kata ustaz Azhar, Jodoh dalam internet ni adalah nikmat manusia akhir zaman. 
So kalau betul, baik, ikhlas, jujur. Proceed !

Di antara itu semua, di manakah aku dan "kamu" berada ?

^_^





Monday 6 May 2013

[060513] Orang tengah


Aku tak suka lah benda yang terikat ni.
Serius tak suka. 
Balik balik aku pulak rasa bersalah. 
ke aku yang terover lebih ? 
Aku pun tak tau !

Aku tak suka bila kawan aku si A bergaduh ngan kawan aku si B.
Sebab aku jadi orang tengah lagi aku tak suka. 
Aku rasa macam terhimpit. 
Layan si A, si B terasa. 
Layan si B, si A terasa.
Bila aku nasihat, dua-dua keras kepala. 
Bila suruh bincang antara baik-baik, buat muka.
haish
-_-

Kalau si A tu lelaki dan si B tu perempuan, 
selalunya aku akan back up si B.
Bukan nak berat sebelah,
tapi aku rasa perempuan ni,
bila dah geram ke ape ke,
memang macam-macam keluar dari mulut.
Kekadang tu macam dah tak pikir,
orang lain pun ada perasaan.
Sebenarnya dia tak nak pun cakap macam tu.
Lepas dah habis cakap baru terpikir. 
(tak semua perempuan spesies macam ni)

Hati perempuan ni lembut sebenarnya.. 
Silalah paham.

Sebab-sebab aku tak suka jadi orang tengah :
  • Aku tak tau nak back up sapa. Lagi2 bila dengar sebelah pihak je. Tak pun, sebelah pihak cerita lain, sebelah pihak lagi cerita lain.
  • Bila aku duk cakap baik-baik, si A or B cakap "hang tak payah duk cover dia sangat la"
  • Bila aku terlebih back up, kadang kadang tu sampai aku ngan dia pulak yang macam nak bergaduh. urghhhh, Ini lagi berganda aku tak suka. Lagi-lagi bila keluar ayat "disebabkan dia, kita sanggup bergaduh?"
  • Paling aku tak suka, aku RASA BERSALAH. sebab macam aku pulak yang buat korang bergaduh. Aku yang rasa lah. -_- 
(banyak je lagi sebab sebenarnya, tapi ini je yang aku ingat setakat ni)

 Sampai bila nak membenci ? 
hmm, tanya diri sendirilah .

Aku sayang kawan kawan aku. 
Korang kawan aku.
Harap-harap korang tau la yang aku sayang korang
walaupun aku tak pernah cakap depan-depan.


Sunday 5 May 2013

[050513] Hati tak mungkin mengkhianati


Jangan kerana satu ayat, terputusnya satu perhubungan.
Jangan kerana satu perkataan,
terlerainya ukhwah yang telah terbina bertahun lamanya.

Ingat !
Kadang kadang apa yang kita dengar,
tak semestinya sama dengan apa kata hatinya.
Mungkin dihati sayang masih ada.
Tapi disebabkan ego yang menggunung,
 kata kata yang dihambarkan tak seperti apa yang tersirat kat hati.
Kadang kadang perkataan yang terkeluar dari mulut seseorang tu,
 dia tak berniat pun nak cakap macam tu.
Lagi lagi perempuan.
Macam saya
*angkat tangan.*

Kadang kadang,
 disebabkan satu perkataan yang salah ditafsirkan
 mewujudkan satu pergaduhan yang tak dijangka.

Fikiran boleh mempengaruhi tapi hati tak mungkin mengkhianati.
sentiasa mendengar kata hati yang berpenghunikan Tuhan (Allah)
Nescaya kamu beroleh kebahagiaan.

Pesanan !
Sebelum nak keluarkan kata-kata yang agak mengguris, menghiris, menggores, dan lain lain, fikir berkali-kali dahulu. Dan jangan lupa selidik sesuatu benda tu betul ke tak. Nanti diri sendiri jugak menyesal tak sudah. Hati orang kita kena jaga. Hati sendiri pun kena jaga juga.
okay?

"berfikir sebelum bertindak dan jangan terlalu ego! "

Kurangkan
Ego setinggi gunung ,
Sayang seluas laut,
Rindu seluas langit
Marah bak ombak memukul pantai.

Berpada-padalah !

"Jangan terlalu mencintai seseorang kelak kau akan membencinya,
Jangan terlalu membenci seseorang kelak kau akan menyayanginya"

 Anda mampu mengUBAHnya.

Ini kalilah !




[050513] Kau tak rasa apa yang aku rasa !

" kau tak rasa apa yang aku rasa ! "
kata-kata yang sering diungkapkan oleh seseorang yang kecewa.

Memang perit ditinggalkan seseorang.
Memang sedih ditinggalkan seseorang.
Memang rasa macam down gila.
kan ?

Sakit dia memang susah nak sembuh.
Bukan ambil masa sehari,
seminggu mungkin, tak pun sebulan,
setahun pun maybe.
Entah, aku pun tak tahu.

Nak nak time kau tengah exam.
Tak pun banyak lagi masalah melanda kau.
Tapi kau kena ingat.
 semua benda kat dunia ni sementara.

 So, kau kena sabar.
Mungkin ada hikmah disebaliknya.
Memang kau tak nampak sekarang.
 Tapi,  inshaAllah ada suatu hari nanti.

 Bila orang bagi nasihat kat kau, sabarlah.

Kau balas, " kau tak rasa apa yang aku rasa ?"

Kau nak tunggu dia rasa apa yang kau rasa, baru kau rasa fair ? 
Kau nak kawan kawan kau menderita macam kau baru kau puas hati ?

Macam ni ke KAWAN ?

Kau tahu ke yang dia pernah rasa atau tak? 
Manalah tahu, apa yang dia nasihat tu based on apa yang pernah dia rasa dulu.
Kita mana nak tahu kisah kawan kita kan.
Kadang kadang kita terlalu selfish. 
Hanya memikirkan apa yang kita rasa.

Kau patut beruntung lah ada kawan yang kesah pasal kau lagi.
Ingat senang ?

Kau perlu kuat kerana Allah dan untuk diri kau sendiri. 
Aku tahu kau kuat.
Tapi kau je yang melayan perasaan lebih.
Move on la weyh. 

Sampai bila nak seksakan perasaan sendiri? 
Aku rasa better kau sentiasa bersama kawan-kawan kau 
daripada kau sibukkan diri kau leseorangan membazirkan air mata.  
Dan, kau kena ingat, semua yang berlaku ada hikmahnya. 

Allah tak temukan kau dengan orang yang salah. 
Mungkin ini sebagai langkah permulaan kau untuk berjaga-jaga.
Jaga diri, jaga hati dan apa yang patut dijaga lah. 
Semoga luka di hati kau cepat sembuh setelah ditoreh. 
Jangan kekalkan parutnya di dada. 
La tahzan !

Yang patah tumbuh, yang hilang berganti. 

Keep smiling.
Orang lain yang kehilangan parents diorang buat selama-lamanya awak,
lagi sedih.
Bertabahlah, Allah sentiasa disisi.