Sunday 2 June 2013

[020613] Pergi

"Mari menulis. 
Menulis apa yang kita rasa. 
Menulis untuk menyampaikan segala rasa. 
Menulis untuk berkongsi sebuah cerita. 
Mari membaca. 
Membaca untuk menambahkan ilmu sedia ada. 
Membaca untuk meningkatkan iman di dada. 
Membaca supaya kita menjadi umat yang berguna."
-cik anon-

Aku tak tahu kenapa.
Aku suka ayat kat atas ni.

Suatu hari nanti 
segalanya akan menjadi kenangan.
Segala penulisan.
Gambar.
Termasuklah aku.

Aku harap,
 segala entry aku dapat beri manfaat.
Yang baik boleh ikut.
Yang tak, jadikan pengajaran.
Maaf atas segala kekurangan.
Aku hanya manusia biasa.

Setiap peringatan,
90% untuk diri aku sendiri
10% untuk dikongsi bersama.

Detik ini aku masih lagi boleh bernafas.
Entah esok, lusa, aku sendiri tak tahu.
Apabila tiba masa, aku akan pergi juga.
Setiap yang hidup pasti merasai mati.

Hari ini aku masih lagi boleh menaip.
Tapi bila mana aku sudah senyap dan tiada lagi,
aku harap ada yang sudi sedekahkan Al-Fatihah kepadaku.

Saat itu aku sendiri tak tahu.
Mungkin ada orang gembira dengan pemergianku
Mungkin ada orang yang sedih dengan pemergianku
Dan mungkin juga ada orang yang tak mahu ambil tahu langsung tentang pemergianku.

Jika ada orang yang membenciku, hapuskanlah bencimu
Jika ada orang terasa hati denganku, maafkanlah aku

Akhirul kalam,
Minta halalkan segalanya.
Thanks for everything.
Minta maaf.


kbaii