Monday 29 July 2013

[290713] Kehilangan

"jaga perasaan orang, perasaan kita?"

 ikhlaskan hati buat kebaikan. 
tanpa keikhlasan, 
segala perbuatan terasa sia-sia.
hanya mendatangkan penat lelah.

"tinggalkanku, perlahan-lahanku terima,
semakin ku sakit. semakin kau bahagia"

 bila dia gembira, kita bersama.
bila dia sedih, kita pendengar setianya.
bila dia ada masalah, kita rakan kongsinya.
bila dia jatuh, kita bagi kata semangat kepadanya.
bila dia kembali bersemangat, dia ceria kita pun bahagia.
suatu hari, dia jatuh hati kat orang lain, kita mula dilupakannya.
bila dah dilupakan, kita yang merasa kehilangannya.

“Sayangilah seseorang kerana Allah. Apabila dia pergi, kita tidak terlalu sedih. Apabila dia dekat, kita cuba jauhi dia. Apabila dia jauh, kita selalu mendoakannya”

 Hati orang yang kita jaga perasaan dia tu,
Allah yang pegang.
 mungkin Allah nak ajar sesuatu.
tak semua yang kita harap akan jadi kenyataan. 
Allah nak kita tahu, takdir tetap milik Dia.

dunia ini sementara. 
bersabarlah.

sesuatu yang akan jadi milik kita, 
kalau Allah kata jadi milik kita, 
InshaAllah jadi milik kita.



kbaii




Friday 19 July 2013

[190713] Ujian !

Assalamualaikum.

Auw chakk !!


Hai awak !!

Sebelum berbuka puasa ,
Jemput la baca belog itew neh. 
>.<

"Allah merahsiakan masa depan untuk menguji kita agar berprasangka terbaik, berencana terbaik, berupaya terbaik, bersyukur dan bersabar"
- Salim A. Fillah -

Kata-kata itu membuatkan aku berfikir,
merenung dan bermenung.

 Termenung dan termenung terus.
Terkadang hati rasa tak mampu.
Tapi tenyata Tuhan lebih tahu.

"Allah telah merancang yang terbaik buat kita"

"Hidup umpama buku cerita,
kita tidak akan tahu akhirnya,
andai takut untuk membaca helaian seterusnya..."

Setiap cerita ada penghujungnya.
Dipertengahan terdapat konfliknya.
Itulah dinamakan ujian!

Bila cakap pasal ujian,
selalunya ia bermain dengan emosi.
bermain dengan hati.
Berat atau ringan ujian yang kita terima,
Itu bergantung pada kita sendiri.
InshaAllah kita akan dapat bertahan, 
kalau kita yakin hati kita sanggup.

Jadi,
Teruskan melakar, melukis dan mewarna hidup kita.
Kalau kali pertama comot, esoknya kita comelkan.
Moga esok tidak secomot seperti hari sebelumnya.

Terima kasih kepada yang pertama,
kerana yang pertama telah mengajar kita banyak perkara.

"Allah tidak membebani hambaNya melebihi kemampuannya."

Yang pegang hati kita Allah.
Hanya kepada Dia kita minta kekuatan.
Hanya kepada Dia kita minta pertolongan.
Hanya kepada Dia kita minta perlindungan.
Bersangka baiklah dengan Allah.

bila diuji, bersabarlah.
Ada hikmah disebaliknya.

Sampai satu saat, kita akan tersenyum.
betapa aturan Dia sangat indah !

"mereka di luar sana, lagi berat ujiannya"

Tapi masih mampu mengukir senyuman di bibir.
Itu kerana, mereka menempatkan Dia dihati.

Kita ?
Tepuk dada, tanya yang Satu.

Allah,
aku mahu seperti mereka.

 T_T


kbaii

Tuesday 16 July 2013

[160713] Gambar

Remove gambar tak bermakna remove kesemuanya.
Tak payah gambar pun kita boleh ingat kat seseorang/sesuatu benda tu.

Sentiasa dalam bayangan.
Sentiasa dalam ingatan.
Sentiasa menjadi sebutan
dalam doa.

Mengharapkan benda yang tak pasti,
hati ni terasa letih juga.

Dengan me'remove' gambar,
itulah salah satu cara
untuk kita tak terlalu mengharap.
berhenti berharap.
dan cuba untuk melupakan.

Terkadang benda tu kita ingat.
Tapi kita sengaja buat-buat tak ingat.
Taknak hati masih mengharap.
Taknak hati kecewa.

Hanya kerana someone or something.
Hanya kerana 'benda' yang sama.
Membuatkan hati kita selalu menangis,
Sampai bila kan ?

"Jangan jadi hamba kepada emosi"

Move on.

Tiap gambar menceritakan sesuatu.
Gambar 'itu' memang ada pahit manis nya.
Tapi bila difikir, lebih banyak perihnya.
Lebih baik remove saja.

"Love yourself,
Love your day,
Love your life"


kbaii

*lepas baca post 'anda' maka terhasil la entry ni*

^_^

Saturday 13 July 2013

[130713] Untitled

Assalamualaikum. 
Annyonghaseyo. 
Konnichiwa.

hiyak hiyak.

Haiii awak !

"Allah knows the secrets of all hearts"


Tak semua yang kita nak, kita dapat.
Apa yang kita ada, bersyukur.
Ingat! nikmat Allah, 
bila-bila masa je DIA boleh tarik.

Tak semestinya apa yang kita suka,
 dapat membahagiakan kita
Tak semestinya apa yang kita tak suka,
tak membahagiakan kita

Hapus airmatamu 
dan jangan bersedih
Allah sentiasa disisi
menemani, melukis hari.
:)

"Setiap manusia rezeki tidak sama,
ada yang dapat kerja awal,
ada yang dapat jodoh awal,
ada yang dapat sambung belajar tinggi,
ada yang murah rezeki, sentiasa untung,
cukup semua keperluan
dan macam-macam lagi Allah bagi.
Tapi jangan sombong,
sebab itu semua pinjaman dan
Pemilik sebenar adalah Allah SWT.
Ingat, kesenangan juga satu dugaan."
- Mastura Manap -

Allah dah aturkan apa yang terbaik untuk kita.
Keep calm and make dua.


Anak pak derih makan pelam,
Nak ucap selamat malam.

Pergi kedai beli mee segera,
Minta maaf andai tersalah bicara.

kbaiii

Thursday 11 July 2013

[110713] Belajar

Assalamualaikum

Hai readers.
*krik krik*

Tak salah pun mencuba sesuatu yang baru.
Permulaan mungkin susah.
Bila dah belajar, inshaAllah senang.
Awak rasa susah atau takut,
sebab mindset awak tu je.

"InnAllaha Ma' As'sabireen"
( Verily, Allah is with the patient! )
[2:153]

Kita kena ingat;

Kecik kecik dulu kita belajar Muqaddam.
Alif Ba Ta hingga Ya terasa susah kan ?
Then, mak kita paksa juga kita belajar ngaji.
Bila dah belajar dan belajar, baru senang kan.
Lepas tu, mak kita ajar kita tajwid pula.
Sekarang, dah pandai baca Al-Quran dah.
Ada orang, siap pandai bertarannum lagi.

Seronok belajar ni.
Ilmu tu perlu digali.
Biar makin dalam dan dalam.
^_^

Terima kasih mak.
Terima kasih ayah.
Terima kasih mualim.
Terima kasih mualimah
Terima kasih kawan..
Terima kasih kepada semua
yang telah mengajar diri ini,
sama ada secara langsung
mahupun tidak langsung.

Wahai diri. Wahai awak.
Kadang-kadang paksa itu perlu.
Kita kena paksa diri kita.
Dari keterpaksaan,
mungkin ia boleh bertukar menjadi kebiasaan.
Dari kebiasaan,
inshaAllah akan timbul rasa keikhlasan.

"Bila kamu tak tahan lelahnya belajar,
maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan"
-Imam Syafie-

Semoga awak awak dan awak semua berjaya di dunia dan di akhirat

kbaii




Wednesday 10 July 2013

[100713] Marhaban Ya Ramadhan

Assalamualaikum.

Awak awak,
awak tahu tak hari ni hari apa ?
Hari ni hari Rabu.
Baru sehari kita start puasa tahun ni.
Alhamdulillah.

Haa awak, 
ramadhan datang setahun sekali je tau.
Dalam setahun, bukan sehari,
bukan dua hari, bukan empat hari,
bukan nya apa apa apa,
Tapi sebulan tau awak. 
SEBULAN !

Mungkin ramadhan ni ramadhan terakhir buat kita.
Ajal maut kita, kita tak tahu bila kan.
So, jadikan ramadhan ni yang terbaik buat kita.

Awak awak,
sebenarnya kita nak share sesuatu.
Omey angat.































Pictures : Brotherhood Arts

Awak awak,
kita sayang sangat kat awak awak.
Sayang until jannah.
okay ?

Minta maaf kalau ada silap dan salah.

Salam Ramadhan Al-Mubarak to all muslimin and muslimat

Jangan lupa doakan kemenangan Syria dan kesejahteraan umat Islam seluruh dunia.


kbaii


Tuesday 2 July 2013

[020713] Teringat

 “Aku berbohong ketika mengatakan aku baik-baik saja tanpa kamu.
Buktinya, ketika kamu mula pergi, bayanganmu sentiasa berlegar-legar di fikiranku.”

Sometimes bukan kita nak ingat benda tu.
Tapi tetiba je terlintas kat fikiran kita.
Teringat kat dia.
Bukan teringat kat dia sangat pun.
Teringat kat kenangan.
Kenangan kita dengan dia.
Kata-kata dia.
Then, kita tersenyum. Rindu.
Dan akhirnya air mata yang mencecah bumi.
Sedih. Tapi, nak menyesal pun tak guna.
Benda dah lepas.

Orang kata,
Bila mana kita berani terima cinta seseorang,
Kena berani terima perpisahan juga.
Orang kata. Aku taip je.

Mulut kata nak lupakan segala kenangan.
Tapi nak lupakan bukan mudah.
Tak semudah melupakan apa yang kita belajar kat kuliah.


Dear xxxx ,
Maybe cinta yang pergi tu, cinta kerana hawa nafsu.
Dan cinta yang akan datang, cinta kerana Allah.
So, jangan mengalah. Ini ujian Allah.
Ada hikmahnya. Dari situ kita belajar
menerima kehilangan orang yang kita sayang.
Sabar. Tough kan hati.
Kalau nak membenci pun,
dia juga orang yang pernah menceriakan hari awak.
Takpe.
Allah menjadikan setiap manusia mempunyai pasangan masing-masing.
Yakin dan percaya. 
Watlek watchill okay.

Hate no one, no matter how much they’ve wronged you. Live humbly, no matter how wealthy you become. Think positively, no matter how hard life is. Give much, even if you’ve been given little. Keep in touch with the ones who have forgotten you, and forgive who has wronged you, and do not stop praying for the best for those you love.
Ali Ibn Abi Talib (a.s.)

Jika kau dipisahkan sesuatu daripada dirimu pasti ada penggantinya.
Tetapi, jika kau pisahkan Allah daripada hidupmu, nescaya tiada penggantiNya
Imam Al-Ghazali