Monday 24 November 2014

[241114] Rasa




Ada satu masa
Ada satu rasa 
Yang datang secara tiba-tiba
Yang tak semua rasa

Kadang tu
Kita nak ikut rasa tu
Tapi takut dan malu

Kadang tu
Kita dah pun ikut rasa tu
Tapi tak bertahan walaupun seminggu.

Kamu tahu rasa apakah itu?

Rasa mahu berubah
Rasa mahu berhijrah.
-- jadi baik. jadi soleh. jadi solehah.

Jika terdetik rasa itu dalam hati,
Tak perlu bertangguh lagi.
Rasa itu mungkin akan pergi
-- dan takkan kembali
Menyesal tak sudah nanti!

Dalam perubahan,
Tak semua yang kita buat perfect.
Ada juga salah silap atau cacat cela di mana-mana.
-- dari kesilapan itulah kita cuba perbaikan 

Dalam berhijrah,
Mungkin akan kedengaran kata-kata yang kurang indah.
Hey, jangan mengalah
-- cuba gagah
Itu cuma ujian lah!
Buat biasa sudah.
Tak payah ambil endah.
Bersabarlah.
Moga tabah.

Ada juga orang nak berubah,
Tapi takut ada orang pertikaikan 
--tentang istiqamah.

Sayang,
Jangan takut nak berubah.
Tentang istiqamah lain cerita.
Sekurang-kurangnya kita mencuba.
-- ada usaha.

Tentang istiqamah,
Kita kayuh perlahan-lahan.
InshaAllah, Allah beri pertolongan.

Kalau kita nak jadi baik,
Allah akan hadirkan orang yang baik-baik bersama kita.

Kawan, tolong support kan.
Kata nak jumpa kat syurga,
kan?


:)

Kbaii.