Thursday 1 October 2015

[011015] Bukan Bahan Uji Kaji

Hi October!

"Wahai para lelaki. 
Hati wanita itu, bukan bahan uji kaji. 
Berhentilah permainkan. 
Berhentilah mengukir pelbagai janji"
-Haslinda Alias-

Hai lelaki!
Cuma mahu pesan ini.
Pesanan pada wanita juga.
Bukan hanya menunding jari 
-- kepada lelaki.

Kita sama-sama manusia.
Masing-masing punya rasa.
Masing-masing punya hati.

Jangan permainkan perasaan orang lain
kalau tak mahu perasaan sendiri dipermainkan.

What you give, you will get back.

Kalau mahu, katakan mahu.
Kalau tak mahu, katakan tidak.
Senang bukan?

Assalamualaikum.
kbaii.

Saturday 26 September 2015

[260915] Kacak dengar sini!


Auchak!


"Kau teropong apa tu?" - kawan

"Teropong jodoh" - aku

"Dah nampak ke jodoh nya?" - kawan

"Tak lagi. Jerebu kan! (smirk)" - aku

.....

Dia kacak, aku tidak.
Dia cantik, aku tidak.

Hey kamu,
Cantik atau kacak tidak menjanjikan syurga.
Yang perlu adalah jaga iman sentiasa.
Iman kejap naik, kejap turun.
Itu lumrah.
Kita kan manusia.

Kata orang,
cantik cantik lama lama berkedut juga.

Tapi...

Kalau kamu mahu tahu,
Semua cantik semua kacak.

Cuma, 
Yang suka membandingkan kamu cantik atau tidak
Ialah insan yang bergelar 'manusia'.

Terus tersenyum dan bersyukur dengan nikmat yang ada.

Assalamualaikum.
Sorry for everything.
Kbaii.

Saturday 11 July 2015

[110715]

'buka minda, buka hati'

Dah tiba masa untuk berubah. 
umur kau pun makin, makin bertambah.

Bila cakap pasal berubah, 
kau jangan nak assume;
tudungnya labuh, 
siap berpurdah 
& bajunya jubah. 

Perubahan tu,
berlaku tak semestinya secara drastik. 
ada orang mula sikit sikit.
kau jangan nak high expectation sangat! 

Daripada mengata, 
lebih baik mendoakan. 
kalau tak mampu mendoakan, 
lebih baik diam 
daripada bagi kata-kata yang menyakitkan. 

tahu? 

*random*

Assalamualaikum
Maaf salah silap.

kbaii.

Monday 6 July 2015

[060715]

Let's go anywhere!

Pernah tak kau merasa jatuh & then kau mula terdetik rasa nak mula life baru? kau rasa nak pergi some place where people do not know who are you. & starting hidup baru kau kat situ. tapi itu cuma harapan kau. In reality, kau tak pergi mana-mana pun. kau tetap berpijak di bumi yang sama. kau lari macam mana pun, kau tetap jumpa perkara yang sama. bumi itu bulat. apapun, kau tetap kena tempuh, walau perit macam mana sekalipun.

Macam-macam kemungkinan kau kena hadap. sebab kat bumi ni ada macam-macam ragam manusia. ada yang menjaga rasa, ada yang main sebat je. hati kau kena kental der! walau ada yang menjatuhkan, kau kena bangkit. susah macam mana pun, kau cuma perlu yakin pada yang Satu. Allah. Allah sentiasa ada dengan kau. percayalah.

Time kau nak berubah, dah tentu kau punya masalah; tak tahu nak mula dari mana? kau terfikir dosa kau buat dulu terampun ke? kau mula tak tentu arah. sayang, jangan putus asa. tak perlu gundah, kau perlu yakin pada Yang Maha Esa. Allah Maha Pengampun. kalau betul kau terdetik mahu berubah, usah tangguh-tangguh. kau buat je terus. selagi kau masih bernyawa, selagi tu kau ada harapan untuk bertaubat. inshaAllah. :)

"Indeed, it is He who is the Accepting of repentance, the Merciful" [2:37]

Macam tu jugak la kalau hati kau terdetik nak buat solat sunat dhuha ke, solat tahjud ke ( & perkara-perkara amal yang lain kau terasa nak buat). kau tak payah tangguh. sebab tak semua orang dapat 'rasa' macam tu. bersyukur lah kalau kau dah terdetik tu. Dey boy/girl, nanti kat akhirat nanti, kalau kena tanya pernah tak buat solat sunat tasbih, tahajud, taubat, semua solat sunat tu, boleh lah kita cakap pernah buat evenvthough kita pernah buat sekali je seumur hidup. kan?

Bila difikirkan balik, 'sekali' yang kita buat tu belum tentu diterima oleh Dia. Tapi bila kita dah buat sekali, paling tidak pun, kita tahu macam mana nak buat. Dan mungkin lepas tu kita boleh beramal. yelah, ilmu tanpa amal kan ibarat pokok tak berbuah. kalau kita buat sekali je, nanti-nanti kita lupa. baik kita teruskan saja. selagi mampu, buat. time muda-muda lah kita nak kumpul amal, pahala semua tu. nanti dah tua nanti belum tentu kita larat. belum tentu kita ada nikmat sihat. dan paling sedih, belum tentu kita sempat. kita sendiri tak tahu ajal kita awal atau lambat? So, kau kena mula dari sekarang. fake it till you make it. ada amal yang kena paksa sebelum menjadi darah daging. tumbuk dada, tanya hati. kerana semuanya bermula dari hati. niat pun bermula dari hati. kalau bukan kita, siapa lagi nak ubah diri sendiri (?)

Andai ada silap salah, mohon tegur.
Sorry for everything.
Assalamualaikum.

Kbaii.

Monday 6 April 2015

[060415] Jatuh


When something happens to you,
 you have two choices in how to deal with it.  
You can either get bitter, or get better.


Ada masa kita akan merasa jatuh. 
Even orang yang kita harap akan support kita pun,
 belum tentu sentiasa ada dengan kita. 
Tapi tak boleh nak salahkan mereka. 
People are not perfect. 
Stop depending on them. 
Trust He who is perfect.

Time jatuh,
kita mula rindukan zaman kecik-kecik. 
Sebab kalau jatuh, 
yang sakit cuma tangan atau kaki. 
Bukan hati. 
It takes time untuk kita get over that feeling.

Apa pun kita kena terima hakikat.
Salah tu datang berpunca dari diri sendiri.
Yang tak berhati-hati.
:)

kbaii

*entry yang pertama untuk tahun ni*