Saturday 11 July 2015

[110715]

'buka minda, buka hati'

Dah tiba masa untuk berubah. 
umur kau pun makin, makin bertambah.

Bila cakap pasal berubah, 
kau jangan nak assume;
tudungnya labuh, 
siap berpurdah 
& bajunya jubah. 

Perubahan tu,
berlaku tak semestinya secara drastik. 
ada orang mula sikit sikit.
kau jangan nak high expectation sangat! 

Daripada mengata, 
lebih baik mendoakan. 
kalau tak mampu mendoakan, 
lebih baik diam 
daripada bagi kata-kata yang menyakitkan. 

tahu? 

*random*

Assalamualaikum
Maaf salah silap.

kbaii.

Monday 6 July 2015

[060715]

Let's go anywhere!

Pernah tak kau merasa jatuh & then kau mula terdetik rasa nak mula life baru? kau rasa nak pergi some place where people do not know who are you. & starting hidup baru kau kat situ. tapi itu cuma harapan kau. In reality, kau tak pergi mana-mana pun. kau tetap berpijak di bumi yang sama. kau lari macam mana pun, kau tetap jumpa perkara yang sama. bumi itu bulat. apapun, kau tetap kena tempuh, walau perit macam mana sekalipun.

Macam-macam kemungkinan kau kena hadap. sebab kat bumi ni ada macam-macam ragam manusia. ada yang menjaga rasa, ada yang main sebat je. hati kau kena kental der! walau ada yang menjatuhkan, kau kena bangkit. susah macam mana pun, kau cuma perlu yakin pada yang Satu. Allah. Allah sentiasa ada dengan kau. percayalah.

Time kau nak berubah, dah tentu kau punya masalah; tak tahu nak mula dari mana? kau terfikir dosa kau buat dulu terampun ke? kau mula tak tentu arah. sayang, jangan putus asa. tak perlu gundah, kau perlu yakin pada Yang Maha Esa. Allah Maha Pengampun. kalau betul kau terdetik mahu berubah, usah tangguh-tangguh. kau buat je terus. selagi kau masih bernyawa, selagi tu kau ada harapan untuk bertaubat. inshaAllah. :)

"Indeed, it is He who is the Accepting of repentance, the Merciful" [2:37]

Macam tu jugak la kalau hati kau terdetik nak buat solat sunat dhuha ke, solat tahjud ke ( & perkara-perkara amal yang lain kau terasa nak buat). kau tak payah tangguh. sebab tak semua orang dapat 'rasa' macam tu. bersyukur lah kalau kau dah terdetik tu. Dey boy/girl, nanti kat akhirat nanti, kalau kena tanya pernah tak buat solat sunat tasbih, tahajud, taubat, semua solat sunat tu, boleh lah kita cakap pernah buat evenvthough kita pernah buat sekali je seumur hidup. kan?

Bila difikirkan balik, 'sekali' yang kita buat tu belum tentu diterima oleh Dia. Tapi bila kita dah buat sekali, paling tidak pun, kita tahu macam mana nak buat. Dan mungkin lepas tu kita boleh beramal. yelah, ilmu tanpa amal kan ibarat pokok tak berbuah. kalau kita buat sekali je, nanti-nanti kita lupa. baik kita teruskan saja. selagi mampu, buat. time muda-muda lah kita nak kumpul amal, pahala semua tu. nanti dah tua nanti belum tentu kita larat. belum tentu kita ada nikmat sihat. dan paling sedih, belum tentu kita sempat. kita sendiri tak tahu ajal kita awal atau lambat? So, kau kena mula dari sekarang. fake it till you make it. ada amal yang kena paksa sebelum menjadi darah daging. tumbuk dada, tanya hati. kerana semuanya bermula dari hati. niat pun bermula dari hati. kalau bukan kita, siapa lagi nak ubah diri sendiri (?)

Andai ada silap salah, mohon tegur.
Sorry for everything.
Assalamualaikum.

Kbaii.