Saturday, 6 February 2016

[060216] Mardhatillah


Bismillah.

'Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.'
Ar-Ra’d : 38

Apabila tengah susah atau gelisah,
barulah teringat Tuhan,
baru terasa nak dekat dengan Tuhan.
Selalunya macam itu lah.

Aku tak kata kamu.
Aku berkata tentang aku.

Aduh!
Sakitnya tuh di sini 
Sakitnya terkena tepat pada diri sendiri. 

But, 
He (Allah) loves you no matter what.
Dia Maha Pengampun.

Lumrah,
manusia kena selalu diingat-ingatkan.

Kalau dulu, tahi telinga cair dengan ceramah ustaz & ustazah.
Tapi sekarang, cuma search di smartphone/komputer riba dengan mudah.
Takpun, kau pergi la join mana-mana geng usrah.
Ilmu takkan datang bergolek kalau kita tak cari lah!

Itu alternative kau sendiri
sama ada mahu tak mahu.

When you want to talk to Allah, 
you need to pray and say prayers. 
When you want to hear Allah to talk us,
 you need to read the Quran.

You need to stand on your own two feet.

Ada perkara,
kau kena paksa.
Perkara yang kau paksa,
lama-lama kau akan terbiasa.
Lama-lama rasa perkara tu macam makanan ruji 
yang kau makan tiap-tiap hari.

Sekarang umur aku dah pun dua puluh dua.
Sudah sepatutnya mencari apa yang hilang.
Sudah sepatutnya berfikir untuk masa akan datang.
Bukan main aci redah je follow orang.

Dan aku, masih lagi berperang
untuk mengubah diri.
Fitrah manusia, ingin menjadi baik.

Tapi aku akui,
kadangkala aku masih mencari ketenangan palsu.
Aku manusia.

Memang masih belum tercapai lagi nak perbaiki diri.
Masih belum tercapai untuk diri sendiri. 
Apatah lagi untuk orang lain.
Aku masih belum kuat.

Tapi, 
selagi hayat masih ada,
selagi Allah berikan nyawa,
selagi berpeluang bernafas di udara,
inshaAllah aku akan mencuba.

Seeking for mardhatillah.
(mencari keredhaan Allah)

Moga Istiqamah.

Disudahi dengan Alhamdulillah.

Assalamualaikum.
Sorry for everything.
Kbaii.

Thursday, 4 February 2016

[040216] Redha

Assalamualaikum!

Tanya sama hati, apa sebab goyah?
Nanti jawab hati, iman yang lemah.

Apa khabar hati?
Moga tidak derita.
Apa khabar iman?
Moga baik-baik saja.

Bilamana kau terima sesuatu tu dengan hati terbuka,
inshaAllah semua bakal menjadi sempurna.
itulah namanya;
REDHA.

Redha bukan hanya sekadar ungkapan di mulut,
tetapi ia perlu disusuli dengan hati yang sado.

Kawan dan orang terdekat kau hanya mampu menasihati,
tetapi yang mampu memujuk adalah diri kau sendiri.
Kalau bukan kau, siapa lagi?

'And verily after each difficulty there's a relief.'

Kau kena ingat,
Allah takkan membebankan kita 
dengan apa yang kita tak mampu.
Kau boleh jenguk,
Al-Baqarah : 286

Mungkin apa yang terjadi sebagai teguran.
Dan mungkin sudah tiba masa untuk kau 
mencari sesuatu yang hilang.

Kau mungkin ingat dan tahu Quran itu pedoman,
tapi mungkin kau lupa untuk jadikan ia sebagai panduan.

Kalau kita kejar dunia, akhirat akan meninggalkan kita.
Kalau kita mengejar akhirat, dunia akan bersama kita.

Hati kau mungkin terpujuk bilamana kau lihat
Al-Baqarah : 216
"... boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

God's Love Letters Compilation is the best balm.
Given any time.

Satu check point telah lepas,
get ready for next ujian.
Kesatkan air mata.

Percayalah, Allah Maha Adil.
Jatuh tersungkur sekarang,
bangkitlah kerana Sang Ilahi.

"Every successful person has painful story.
Every painful story has a successful end"
-miss anon-

InnaAllaha Ma' As'sabireen
"Verily, Allah is with the patient!"
Al-Baqarah : 153

Jangan lupa doakan kemenangan Syria dan kesejahteraan umat Islam seluruh dunia.

Sorry for everything.

kbaii.