Friday 26 August 2016

[260816] Cuma Kamu


Rindu.
asyik memikirkan kamu

rindu selalu
tak pernah jemu

adakah kamu juga merasa seperti aku?

oh ya, aku tahu
kamu lebih memikirkan tentang kerja kamu.

mungkin kamu buat itu semua untuk aku
tapi itu aku tidak tahu.

yang tahu,
cuma kamu.

Thursday 25 August 2016

[250816] Jodoh atau Bodoh?


aku fikir tiada jodoh
kerna kita sering bergaduh

awal kenal, kau romantik
lama kenal, airmataku yang banyak menitik.

orang kata,
gaduh-gaduh, nanti berjodoh.

benarkah jodoh atau aku yang bodoh?


[250816] Kenapa (?)


Dulu kau berjanji setia
Kini kau hancurkan segala
Kau pergi secara tiba-tiba
Kau musnahkan angan-angan kita

Aku cuba pulihkan hubungan kita
Engkau pula kata tidak mengapa
Single is better
Tapi kenapa kau bermesra dengan dia?

Aku tidak tahu untuk buat apa.
Hanya diam mengenang cerita kita.
Mahu melupakan memori kita berdua.

Aku tipu mengatakan aku baik-baik saja
Tapi bila engkau pergi,
Bayangan kau muncul di dalam kepala.

Kenapa (?)



[250816] Bunyi


Dikala petang begini,
skrin telefon diperhati
panggilan telefon dan pesanan mesej darimu dinanti.

menanti dan terus menanti,
tapi masih tidak berbunyi lagi.
terasa sayu di hati.
ingat aku dilupai.

beberapa minit kemudian,
telefon berbunyi.
yeah, aku happy!

moga aku sentiasa di hati. 
^_^



[250816] Khabar Hati


Bertanya kepada hati;
Apa khabar hari ini?

Hati diam menyepi
Taknak sakit lagi
Menunggu hari demi hari
Semoga pulih nanti.

Moga pulih hati
Moga sembuh rasa
Moga ketemu bahagia.


[250816] Ada Dia Kesah?


Manusia datang dan pergi
Dan ada yang kembali lagi
dan ada juga yang pergi tak kembali.
So, kau kena tough kan hati
Something unexpected may happen anytime

Jangan mengharap setinggi gunung berapi
Takut takut kau dikhianati
Kau perlu berhati-hati
Takut hati berdarah lagi.

Katanya, 
lautan api, sanggup diredah
Tapi,
bila kau sudah tiada di hati, 
ada dia kesah? 

Wednesday 24 August 2016

[240816] Jatuh sakit.


Dulu aku sudah pesan,
jangan rapati aku.
aku kata aku tidak mahu.
aku takut; jatuh dan sakit.

ya,
kali pertama jatuh,
mungkin jatuh cinta.
itu aku suka.

tapi berikutnya,
aku mungkin jatuh lagi.
tapi kali ini jatuhnya sakit.
kau pergi dan tinggalkan luka yang perit.

ah, sakit!

Assalamualaikum.

kbaii.




[240816] Tertuduh


Satu perkara.
Kau tak buat.
Tapi kau dituduh.
Dan kau tertuduh.

Walau kau tak salah,
Tapi kau saja mengalah.
Dan kau minta maaf.

Kau mohon maaf lagi,
dan lagi.

Kau cuba menjelaskan situasi.
Tapi kau masih tidak dipercayai.
Malah dibenci.

Sampai satu masa,
kau angkat kaki dan pergi.
mohon undur diri.

Maaf, sudah makan hati.
Hati luka lagi.
Tak siapa mengerti.

Assalamualaikum.

kbaii.

[240816] Malam


Lewat malam sudah,
Tapi aku tak mahu rebah.
Walaupun mata sudah merah.

Rindu.
Rindu kamu selalu.
Tapi sayang, kamu tidak pernah tahu.

Hati tenat.
Fikiran penat.
Hanya kamu aku teringat.
Tapi, aku tidak punya ubat.

Sepi.
Dikala malam sunyi.
Aku harap kutemui kau dalam mimpi.

Malam gulahati!
Maaf andai ada yang tersakiti.

Assalamualaikum.

kbaii.