Friday, 1 November 2013

[011113] Ugut

Pernah tak..
Pernah tak..
Pernah tak..
Pernah tak kena ugut?

Then apa korang buat?

Ceq pernah. Pernah kena ugut. Bukan kena ugut pasal duit. Bukan pasal apa apa apa. Tapi pasal gambar. Serius buat kali pertama kena ugut, boleh tahan la takut. First time kan!

Tapi masuk kali neh, bukan kali pertama. Kedua pun bukan. Kali ketiga kut. Ceq kena ugut pasal gambar. Orang yang ugut pun lain-lain. Tak berapa nak ingat. Tapi hat yang ceq nak cerita neh baru sangat. Tadi.

Untuk kali pertama kena ugut, memang cuak la kan. Gila tak cuak. Ceq ni dah la perempuan. Tapi untuk kali kedua dan seterusnya tak tau dah nak rasa apa. Hati dah payau. Kali pertama kena ugut, memang segala akaun ceq deactive. Rasa nak nanges itu ini segala bagai rasa ada. Tapi tak lama mana pun. Tak lama lepas tu, active balik semua akaun. And pasal ayat ugut kemain gah tu, tak dengar cerita dah. Ni saja nak psycho ceq gamaknya. Orang dah takda kerja kan.

Salah satunya,


erkkk.. 
tak tau la dia ni siapa.
main-main ke apa. 
kenal pun tidak.

Maybe salah ceq gak la suka duk upload picture kat facebook.
tapi, apa masalah dia?
& ceq rasa memang tak banyak pun picture ceq kat facebook tu haa.
Kalau muka ceq macam diana amir tu, leh terima lah nak ugut cenggini.
Ini, HAHA 
*gelak dalam hati je*
Kalau buat video
"macam comel je" pun 
mau kena baling terompah haaa.

Itu je ceq nak ceghita.

kbaii

Monday, 26 August 2013

[260813] S.a.Y.a.N.G

Sayang apa khabar denganmu ?
Di sini ku merindukan kamu.
Ku harap cintamu takkan berubah
Kerna disini ku tetap untukmu.

Kerana terlalu sayang,
masalah yang datang.

Kerana terlalu sayang,
kita mabuk kepayang.

Kerana terlalu sayang,
kita tak sanggup nak buang.

Tapi terkadang,
kita terpaksa.
Terpaksa merelakan ia pergi.

"kenapa tak buang je barang ni? macam dah takda guna je."

"sayang"

Sayang nak buang sesuatu tu.
memanglah ada setengah tu,
kita boleh beli sendiri.
beli sebagai pengganti.
tapi,
beli sendiri tak sama macam orang bagi.
nak nak bila orang yang 'tersayang' yang kasi.

'tersayang' tak semestinya calon zauj k.
ehem!
kalau calon zauj yang bagi,
berganda sayang lah kan.
ngee~

"bilik ni dah penuh. kalau ada barang tak guna tu, buang je lah. semak"

"sayang"

Itulah masalah aku.
SAYANG
sayang
sayang
Sayang nak buang barang.
Akhirnya,
bilik dah macam sarang.
Hmm.
-_-

Lain pula dengan cerita hamba Allah ni.

"kenapa still tunggu dia, walaupun terang tang tang nampak dia suka kat orang lain"

"sayang"

"orang cakap bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor"

"kuntum tak kuntum. ekor tak ekor. kumbang yang aku jumpa tu tak sama macam kumbang yang lain"

Haa, nampak tak ?
cerita kitorang sama tapi tak serupa.
cerita aku, sayangkan barang.
cerita dia, sayangkan orang.


Kepada : cik hati
(tak kiralah hati siapa yang terkena)

Assalamualaikum.
Apa khabar hati ?
Hati sihat ?

Wahai hati, secebis pesanan buatmu.

Wahai hati,
apa yang kita suka tu,
tak semestinya kita perlu.
terkadang kita terpaksa biarkan ia berlalu.
inshaAllah ada pengganti yang baru.
tapi, hati degil still nak yang itu.
nak wat guane lagi, kalo dah gitu ?

Wahai hati,
Boleh jadi juga sesuatu yang kita tak suka tu,
itulah yang terbaik buat kita.
Boleh jadi sesuatu yang kita suka,
adalah buruk buat kita.

Orang kata,
kadang kadang sesuatu tu hanya stay kat hati,
tapi tak semestinya kita harus memilikinya.

Wahai hati,
rasa sayang, rasa suka, rasa cinta,
 bila bila boleh datang,
bila bila juga ia boleh pergi.
dan bila bila je boleh datang balik.
Rasa sayang tu Allah pinjamkan untuk kita.
Hanya sementara.
Ingat tu !
Pinjam je,
Pinjam!
Pinjam!

Wahai hati,
jangan terlalu rapuh.
jangan terlalu cepat jatuh.
diri ini tak suka.
sila jadi kuat okay !

Wahai hati,
Kalau nak sayang, jangan sayang sangat.
Kalau nak benci pun jangan benci sangat,
Bersederhana ye,wahai hati.
Sederhana tu kan lebih indah.

Wahai hati,
Kalau nak terlalu sayang,
boleh.
tak salah.
Terlalu sayangkan Allah.
:)

Wahai hati,
sila jaga hati baik-baik.
diri tak sanggup nak tengok hati tercedera.

Wahai hati,
diri ini sayangkan hati.
❤

ikhlas dari : diri


kbaii


Monday, 29 July 2013

[290713] Kehilangan

"jaga perasaan orang, perasaan kita?"

 ikhlaskan hati buat kebaikan. 
tanpa keikhlasan, 
segala perbuatan terasa sia-sia.
hanya mendatangkan penat lelah.

"tinggalkanku, perlahan-lahanku terima,
semakin ku sakit. semakin kau bahagia"

 bila dia gembira, kita bersama.
bila dia sedih, kita pendengar setianya.
bila dia ada masalah, kita rakan kongsinya.
bila dia jatuh, kita bagi kata semangat kepadanya.
bila dia kembali bersemangat, dia ceria kita pun bahagia.
suatu hari, dia jatuh hati kat orang lain, kita mula dilupakannya.
bila dah dilupakan, kita yang merasa kehilangannya.

“Sayangilah seseorang kerana Allah. Apabila dia pergi, kita tidak terlalu sedih. Apabila dia dekat, kita cuba jauhi dia. Apabila dia jauh, kita selalu mendoakannya”

 Hati orang yang kita jaga perasaan dia tu,
Allah yang pegang.
 mungkin Allah nak ajar sesuatu.
tak semua yang kita harap akan jadi kenyataan. 
Allah nak kita tahu, takdir tetap milik Dia.

dunia ini sementara. 
bersabarlah.

sesuatu yang akan jadi milik kita, 
kalau Allah kata jadi milik kita, 
InshaAllah jadi milik kita.



kbaii