Saturday, 23 August 2014

[230814] Seri


Kata orang,
muka orang nak kahwin ni ada seri.
orang la yang kata.
kite tak kata apa pun.

kite dengar 
dan kite taip je.
kite pun tak tahu betul ke tidak.

seri itu datang mungkin kerana
orang yang nak kahwin tu bahagia.
(mungkin)

bahagia dah jumpa tulang rusuk.
tulang rusuk yang tak cukup satu,
kini dah dipertemukan kembali.
bahagia sebab,
 dah jumpa imam/ makmum masing masing.
aherherher.

Apa-apa pun.
sesiapa yang dah ada calon tu,
cecepat kahwin okay!

yang bakal berkahwin lak,
semoga bahagia hingga ke syurga.

kepada budak bawah ni pulak,
moga dipertemukan jodoh.
eh eh.
moga berjaya di dunia & akhirat.
Amin.

heeee

**p/s : sila jangan zoom in jerawat. sensitip. tahi lalat takpe. -_-


Orang yang dah dekat nak kahwin selalunya ada seri kan!

Nampak tak seri kat muka budak atas ni?

Mungkin ada.

Betul ada.

Try tengok betul-betul.

Nampak kan?

Berseri sangat!

Seri auw.

^_^

Seriau. 
(tak tahu maksud, pegi tanya yang pakar)

kbaii.

Maaf.

Saturday, 28 June 2014

[280614] kau tahu, tapi mungkin kau lupa


Kau tahu,
kau selalu berada dalam kesenangan,
tapi mungkin kau lupa,
ada yang sedang menanggung kesengsaraan.

Kau tahu,
kau sentiasa melakukan pembaziran,
tapi mungkin kau lupa,
ada insan yang sedang kebuluran.

Kau tahu,
kau punya keluarga bahagia,
tapi mungkin kau lupa,
ada yang tidak punya ibubapa.

Kita selalu berada di zon selesa,
sampai terkadang kita terlupa.
terlupa untuk bersyukur dengan apa yang ada.
lebih banyak merungut kerana orang lain punya lebih dari kita.

"Maka yang mana satu, di antara nikmat-nikmat Tuhan, yang kamu hendak dustakan?"
[55:13]

Dan;

Kau tahu, 
ada orang kahwin di usia nya muda
tapi mungkin kau lupa,
ada orang juga mati di  usia muda.

Mati itu pasti.

"Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)"
[29:57]

Dan lagi satu,

Kau tahu, 
Satu hari lagi kita bakal menyambut bulan puasa,
Ampun dan maaf atas sebarang keterlanjuran kata.
Happy Fasting!

Allahumma ballighna Ramadhan.

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan

Ahlan wa sahlan July.

July itu bulan kelahiran saya.
Mihihi.
Sengaja nak kasi tahu

kbaii.

Saturday, 15 February 2014

[150214] Istidraj


Kehadapan mereka yang dapat result,

Amacam?
Gembira atau sedih atau biasa biasa je?

Buat yang dapat dekan atau lulus tahniah.
Bagi mereka yang tidak berjaya, tak mengapa.
Tiap kaki yang melangkah ada jalan cerita tersendiri.
 Jangan give up. Cuba lagi, lagi dan lagi.
Hubungan kita dengan Allah, itu yang utama sekali.

Muhasabah diri.
Penting!
Untuk kita periksa bagaimanakah hubungan kita denganNya

Dapat result baguih tu ujian.
Tak berapa baguih tu pun ujian juga.

Kalau kita gagal dalam sesuatu perkara, itu cuma satu perkara.

Bayangkan..
Kita berjaya, tapi kita semakin jauh dari Allah.
atau senang kata, ISTIDRAJ.

Istidraj? Apa tu?
Istidraj adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.
Istidraj berlaku bila mana Allah bagi kejayaan, kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk kita, tapi kita menjadi lebih jauh dariNya.

 So, jangan anda kecewa bila diuji.
Penat mana kita study, tapi gagal lagi,
itu bermakna kita sedang diuji.
Tapi kalau usaha takde, itu salah diri sendiri.

Bukan masa yang kita luang untuk belajar
atau bukan kepandaian otak kita yang buat kita berjaya.
Semua itu datang dari Allah 
Rahmat Allah.
Ilmu Allah itu luas sayang.


Allah menguji hanya untuk mereka yang dikasihi.
Bersyukur bila mana kita diuji.
 Itu tanda Allah masih lagi dekat dengan kita

 “Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji”

InsyaAllah Allah akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada kita.
Bersangka baiklah kita terhadap Pencipta.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Tahu apa yang terbaik buat kita.
 Senyum sayang. 
^_^

 Pandang langit, muhasabah diri.

 Moga kita tak tergolong dalam golongan istidraj.

kbaii