Saturday, 15 February 2014

[150214] Istidraj


Kehadapan mereka yang dapat result,

Amacam?
Gembira atau sedih atau biasa biasa je?

Buat yang dapat dekan atau lulus tahniah.
Bagi mereka yang tidak berjaya, tak mengapa.
Tiap kaki yang melangkah ada jalan cerita tersendiri.
 Jangan give up. Cuba lagi, lagi dan lagi.
Hubungan kita dengan Allah, itu yang utama sekali.

Muhasabah diri.
Penting!
Untuk kita periksa bagaimanakah hubungan kita denganNya

Dapat result baguih tu ujian.
Tak berapa baguih tu pun ujian juga.

Kalau kita gagal dalam sesuatu perkara, itu cuma satu perkara.

Bayangkan..
Kita berjaya, tapi kita semakin jauh dari Allah.
atau senang kata, ISTIDRAJ.

Istidraj? Apa tu?
Istidraj adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.
Istidraj berlaku bila mana Allah bagi kejayaan, kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk kita, tapi kita menjadi lebih jauh dariNya.

 So, jangan anda kecewa bila diuji.
Penat mana kita study, tapi gagal lagi,
itu bermakna kita sedang diuji.
Tapi kalau usaha takde, itu salah diri sendiri.

Bukan masa yang kita luang untuk belajar
atau bukan kepandaian otak kita yang buat kita berjaya.
Semua itu datang dari Allah 
Rahmat Allah.
Ilmu Allah itu luas sayang.


Allah menguji hanya untuk mereka yang dikasihi.
Bersyukur bila mana kita diuji.
 Itu tanda Allah masih lagi dekat dengan kita

 “Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji

InsyaAllah Allah akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada kita.
Bersangka baiklah kita terhadap Pencipta.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Tahu apa yang terbaik buat kita.
 Senyum sayang. 
^_^

 Pandang langit, muhasabah diri.

 Moga kita tak tergolong dalam golongan istidraj.

kbaii