Saturday 20 December 2014

[201214]




Ada masa,
kita (pernah) rasa macam 
nak puaskan hati semua orang.


Kita nak,
Orang yang kita rapat, gembira.
Orang yang terdekat, bahagia.
Orang yang kita sayang, ceria.


Kita nak semua orang suka kat kita.



Tapi hakikatnya,
buat macam mana pun,
Ada certain part yang tak kena.
Ada juga orang terasa.
Ada juga orang yang tak puas hati dengan kita.


Even dengan kawan baik sendiri pun kadang-kadang terasa.
Inikan pula kita yang cuma kawan biasa-biasa.


Walaupun kita tak dapat puaskan hati semua orang,
at least jadi diri sendiri.

Itu sudah mencukupi.


Sekurang-kurangnya kita tahu, 
mana satu kawan yang sudi terima kita seadanya.

kan?


Tiap gambar ada cerita tersendiri.
Dan gambar-gambar semua ni adalah sebagai memori.
Yang akan menjadi kenang-kenangan suatu hari nanti. 


Sebelum pergi, kita menghargai.
Sementara ada, kita belajar menyayangi.






and...
yeah! I am not good friend.
Minta maaf kepada insan-insan yang pernah terasa.
Ya, mulut ni terkadang terlupa nak jaga.
Main cakap ikut sedap saja.
Kononnya nak bergurau senda.
Tanpa disedari ada insan yang terluka
dan memendam rasa.

Kawan,
Terima kasih untuk segalanya.
Semoga dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat sana.
Minta halalkan semuanya.

Hapuskan dendam
Bersihkan hati
Perbetulkan niat.
Good luck final exam!

Lagi sekali, 
Maaf sejuta kata

**bersama housemate yang tak cukup bilangannya**

kbaii. :)


Monday 24 November 2014

[241114] Rasa




Ada satu masa
Ada satu rasa 
Yang datang secara tiba-tiba
Yang tak semua rasa

Kadang tu
Kita nak ikut rasa tu
Tapi takut dan malu

Kadang tu
Kita dah pun ikut rasa tu
Tapi tak bertahan walaupun seminggu.

Kamu tahu rasa apakah itu?

Rasa mahu berubah
Rasa mahu berhijrah.
-- jadi baik. jadi soleh. jadi solehah.

Jika terdetik rasa itu dalam hati,
Tak perlu bertangguh lagi.
Rasa itu mungkin akan pergi
-- dan takkan kembali
Menyesal tak sudah nanti!

Dalam perubahan,
Tak semua yang kita buat perfect.
Ada juga salah silap atau cacat cela di mana-mana.
-- dari kesilapan itulah kita cuba perbaikan 

Dalam berhijrah,
Mungkin akan kedengaran kata-kata yang kurang indah.
Hey, jangan mengalah
-- cuba gagah
Itu cuma ujian lah!
Buat biasa sudah.
Tak payah ambil endah.
Bersabarlah.
Moga tabah.

Ada juga orang nak berubah,
Tapi takut ada orang pertikaikan 
--tentang istiqamah.

Sayang,
Jangan takut nak berubah.
Tentang istiqamah lain cerita.
Sekurang-kurangnya kita mencuba.
-- ada usaha.

Tentang istiqamah,
Kita kayuh perlahan-lahan.
InshaAllah, Allah beri pertolongan.

Kalau kita nak jadi baik,
Allah akan hadirkan orang yang baik-baik bersama kita.

Kawan, tolong support kan.
Kata nak jumpa kat syurga,
kan?


:)

Kbaii.

Thursday 23 October 2014

[231014] Pandai-pandai kau lah!


kau sayang sangat kat someone,
even dia buat apa pun,
di mata kau semua indah.
-- apa yang betul 
mahupun apa yang salah

cinta itu buta. benarkah (?)

apa yang dia suka,
apa yang dia benci,
apa yang dia suka mahu,
semua kau ambil tahu.

yang membuatkan kau terasa hati,
dia seperti tiada hati.
-- langsung tak ambil peduli

Tapi apa saja salah dia,
kecil macam kuman atau; 
besar macam gajah atau;
tinggi macam menara klcc; 
kau sanggup pilih untuk 
melupakan 'salah itu' compared
-- pilih untuk melupakan dia.

sebab nak melupakan kesalahan 
easier than choosing to
-- melupakan 'seseorang'.

kau lelah, 
tapi kau tak mahu mengalah. 
sekarang,
pandai-pandai kau lah!


Tuesday 2 September 2014

[020914] Biasa-biasa


Kadang-kadang kau terasa nak makan steak yang berharga RM60

Kadang-kadang kau teringin nak makan sushi kat restoran fine dining

Kadang-kadang kau terbayang keenakkan desserts import dari Perancis

Tapi most of the time kau akan end up dengan nasi, kicap dan telur dadar.

Licin pinggan, baru kau sedar, itu pun dah cukup untuk kau.

Samalah dalam mencari cinta.
Nak yang hensem/ cantik/ kaya / berjaya
tapi at the end of the day,
yang 'biasa-biasa' tu pun dah cukup baik.


Tak perlu terlalu memilih.
Nanti tak dapat, kau yang merasa pedih.

Cukup sekadar biasa-biasa
Itu sudah mampu membuat kau rasa selesa.

Bersederhanalah.
Kerna sederhana itu kan lebih indah.

Alhamdulillah for everything.

kbaii


[020914] Kucing Officemate

Kucing yang menjadi kerinduan.

Jack.

Maiya.

Smoky.

Zarra

Maxx

Maiya dan anak-anak.

Shadow.

Smoky kucing yang pandai selfie :)

Smoky.

OB

Tobby takde dalam gambar :(

kbaii

Saturday 23 August 2014

[230814] Seri


Kata orang,
muka orang nak kahwin ni ada seri.
orang la yang kata.
kite tak kata apa pun.

kite dengar 
dan kite taip je.
kite pun tak tahu betul ke tidak.

seri itu datang mungkin kerana
orang yang nak kahwin tu bahagia.
(mungkin)

bahagia dah jumpa tulang rusuk.
tulang rusuk yang tak cukup satu,
kini dah dipertemukan kembali.
bahagia sebab,
 dah jumpa imam/ makmum masing masing.
aherherher.

Apa-apa pun.
sesiapa yang dah ada calon tu,
cecepat kahwin okay!

yang bakal berkahwin lak,
semoga bahagia hingga ke syurga.

kepada budak bawah ni pulak,
moga dipertemukan jodoh.
eh eh.
moga berjaya di dunia & akhirat.
Amin.

heeee

**p/s : sila jangan zoom in jerawat. sensitip. tahi lalat takpe. -_-


Orang yang dah dekat nak kahwin selalunya ada seri kan!

Nampak tak seri kat muka budak atas ni?

Mungkin ada.

Betul ada.

Try tengok betul-betul.

Nampak kan?

Berseri sangat!

Seri auw.

^_^

Seriau. 
(tak tahu maksud, pegi tanya yang pakar)

kbaii.

Maaf.

Saturday 28 June 2014

[280614] kau tahu, tapi mungkin kau lupa


Kau tahu,
kau selalu berada dalam kesenangan,
tapi mungkin kau lupa,
ada yang sedang menanggung kesengsaraan.

Kau tahu,
kau sentiasa melakukan pembaziran,
tapi mungkin kau lupa,
ada insan yang sedang kebuluran.

Kau tahu,
kau punya keluarga bahagia,
tapi mungkin kau lupa,
ada yang tidak punya ibubapa.

Kita selalu berada di zon selesa,
sampai terkadang kita terlupa.
terlupa untuk bersyukur dengan apa yang ada.
lebih banyak merungut kerana orang lain punya lebih dari kita.

"Maka yang mana satu, di antara nikmat-nikmat Tuhan, yang kamu hendak dustakan?"
[55:13]

Dan;

Kau tahu, 
ada orang kahwin di usia nya muda
tapi mungkin kau lupa,
ada orang juga mati di  usia muda.

Mati itu pasti.

"Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)"
[29:57]

Dan lagi satu,

Kau tahu, 
Satu hari lagi kita bakal menyambut bulan puasa,
Ampun dan maaf atas sebarang keterlanjuran kata.
Happy Fasting!

Allahumma ballighna Ramadhan.

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan

Ahlan wa sahlan July.

July itu bulan kelahiran saya.
Mihihi.
Sengaja nak kasi tahu

kbaii.

Saturday 15 February 2014

[150214] Istidraj


Kehadapan mereka yang dapat result,

Amacam?
Gembira atau sedih atau biasa biasa je?

Buat yang dapat dekan atau lulus tahniah.
Bagi mereka yang tidak berjaya, tak mengapa.
Tiap kaki yang melangkah ada jalan cerita tersendiri.
 Jangan give up. Cuba lagi, lagi dan lagi.
Hubungan kita dengan Allah, itu yang utama sekali.

Muhasabah diri.
Penting!
Untuk kita periksa bagaimanakah hubungan kita denganNya

Dapat result baguih tu ujian.
Tak berapa baguih tu pun ujian juga.

Kalau kita gagal dalam sesuatu perkara, itu cuma satu perkara.

Bayangkan..
Kita berjaya, tapi kita semakin jauh dari Allah.
atau senang kata, ISTIDRAJ.

Istidraj? Apa tu?
Istidraj adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.
Istidraj berlaku bila mana Allah bagi kejayaan, kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk kita, tapi kita menjadi lebih jauh dariNya.

 So, jangan anda kecewa bila diuji.
Penat mana kita study, tapi gagal lagi,
itu bermakna kita sedang diuji.
Tapi kalau usaha takde, itu salah diri sendiri.

Bukan masa yang kita luang untuk belajar
atau bukan kepandaian otak kita yang buat kita berjaya.
Semua itu datang dari Allah 
Rahmat Allah.
Ilmu Allah itu luas sayang.


Allah menguji hanya untuk mereka yang dikasihi.
Bersyukur bila mana kita diuji.
 Itu tanda Allah masih lagi dekat dengan kita

 “Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji

InsyaAllah Allah akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada kita.
Bersangka baiklah kita terhadap Pencipta.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Tahu apa yang terbaik buat kita.
 Senyum sayang. 
^_^

 Pandang langit, muhasabah diri.

 Moga kita tak tergolong dalam golongan istidraj.

kbaii

Tuesday 28 January 2014

[280114]

Bukan berdendam.
Jauh sekali membenci.
Dari gaya dan cara,
aku mentafsir sendiri.

Jika kehadiran aku tidak menyenangkan.
dengan rela hati aku undur diri.
maaf andai ada yang terasa hati.

Aku cuba jadi yang lebih baik
tak bermakna aku tak buat silap
kerana silap aku yang satu
tak bemakna aku manusia paling teruk
aku juga manusia.

Kerana itu,
aku perlukan someone untuk mengingatkan
ingatkan aku untuk perbaiki kesilapan.
bukan makin menjauhkan.
bukan juga menjatuhkan.


kbaii

Wednesday 15 January 2014

[150114]

Ada benda kita nak cerita.
Tapi tak terluah dengan kata-kata.
So, kita decide simpan je.

Tak semua cerita kena kongsi dengan orang.
Tak semua cerita orang lain perlu tahu.
Tiap orang ada privacy masing masing.
Hanya DIA dan kita je tahu.

Berat mana yang ditanggung,
Perit mana yang dirasa,
Sakit mana yang tertusuk,
Pedih mana yang tak hilang,
Percayalah,
Allah tetap ada bersama.
Sentiasa.

Orang lain tak rasa apa kita rasa.
Sebab ujian masing masing.
Allah tahu kita kuat.
Allah tahu kita boleh berdepan dengan ujian tu.
Allah knows better.

Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya [2:286] 

Bersabarlah sayang.
Dunia ni hanya pinjaman.
Di SANA inshaAllah bahagia.
Biiznillah.
Teruskan perjuangan.

Ada masa, someone tu nak kongsi masalah dengan kita.
Bila someone tu dah cerita masalah dekat kita,
maknanya dia percaya kat kita.
Adakalanya kita tak mampu nak buat apa apa.
Tapi cukup sekadar mendengar apa yang diluahkannya.

Bila mana kawan kita dilanda masalah.
Kita senang menasihati si dia.
Sangat senang.
Tapi bila mana kita ditimpa ujian yang lebih kurang sama,
baru kita sedar...
Masa tu,
Sukar atau tidak untuk bersabar?
Berat atau tidak mengucapkan Alhamdulillah?
Senang atau susah untuk senyum?
*jawab dalam hati*

Saat kita ditimpa ujian,
saat tu kita sendiri penat.
Hingga membuatkan kita sendiri memilih untuk berdiam.
Diam tanpa kata.
Diam tak mahu bagitau sesiapa.
Diam & pendam.
Mengharap apa yang berlaku kembali tenang.

Pesan pada diri,
Fasabrun jamil, wallahul musta'an.
Sesungguhnya sabar itu cantik & kepada Allah sahaja tempat memohon pertolongan.
Allah sentiasa ada dengan kita.
Allah yang beri pertolongan.
Allah yang beri kekuatan.
Allah yang memberi jalan penyelesaian.

Keep calm & sabr gulahati.
gulagula
guladaddy.... ehhh


kbaii