Wednesday 15 January 2014

[150114]

Ada benda kita nak cerita.
Tapi tak terluah dengan kata-kata.
So, kita decide simpan je.

Tak semua cerita kena kongsi dengan orang.
Tak semua cerita orang lain perlu tahu.
Tiap orang ada privacy masing masing.
Hanya DIA dan kita je tahu.

Berat mana yang ditanggung,
Perit mana yang dirasa,
Sakit mana yang tertusuk,
Pedih mana yang tak hilang,
Percayalah,
Allah tetap ada bersama.
Sentiasa.

Orang lain tak rasa apa kita rasa.
Sebab ujian masing masing.
Allah tahu kita kuat.
Allah tahu kita boleh berdepan dengan ujian tu.
Allah knows better.

Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya [2:286] 

Bersabarlah sayang.
Dunia ni hanya pinjaman.
Di SANA inshaAllah bahagia.
Biiznillah.
Teruskan perjuangan.

Ada masa, someone tu nak kongsi masalah dengan kita.
Bila someone tu dah cerita masalah dekat kita,
maknanya dia percaya kat kita.
Adakalanya kita tak mampu nak buat apa apa.
Tapi cukup sekadar mendengar apa yang diluahkannya.

Bila mana kawan kita dilanda masalah.
Kita senang menasihati si dia.
Sangat senang.
Tapi bila mana kita ditimpa ujian yang lebih kurang sama,
baru kita sedar...
Masa tu,
Sukar atau tidak untuk bersabar?
Berat atau tidak mengucapkan Alhamdulillah?
Senang atau susah untuk senyum?
*jawab dalam hati*

Saat kita ditimpa ujian,
saat tu kita sendiri penat.
Hingga membuatkan kita sendiri memilih untuk berdiam.
Diam tanpa kata.
Diam tak mahu bagitau sesiapa.
Diam & pendam.
Mengharap apa yang berlaku kembali tenang.

Pesan pada diri,
Fasabrun jamil, wallahul musta'an.
Sesungguhnya sabar itu cantik & kepada Allah sahaja tempat memohon pertolongan.
Allah sentiasa ada dengan kita.
Allah yang beri pertolongan.
Allah yang beri kekuatan.
Allah yang memberi jalan penyelesaian.

Keep calm & sabr gulahati.
gulagula
guladaddy.... ehhh


kbaii

No comments:

Post a Comment