Thursday 4 February 2016

[040216] Redha

Assalamualaikum!

Tanya sama hati, apa sebab goyah?
Nanti jawab hati, iman yang lemah.

Apa khabar hati?
Moga tidak derita.
Apa khabar iman?
Moga baik-baik saja.

Bilamana kau terima sesuatu tu dengan hati terbuka,
inshaAllah semua bakal menjadi sempurna.
itulah namanya;
REDHA.

Redha bukan hanya sekadar ungkapan di mulut,
tetapi ia perlu disusuli dengan hati yang sado.

Kawan dan orang terdekat kau hanya mampu menasihati,
tetapi yang mampu memujuk adalah diri kau sendiri.
Kalau bukan kau, siapa lagi?

'And verily after each difficulty there's a relief.'

Kau kena ingat,
Allah takkan membebankan kita 
dengan apa yang kita tak mampu.
Kau boleh jenguk,
Al-Baqarah : 286

Mungkin apa yang terjadi sebagai teguran.
Dan mungkin sudah tiba masa untuk kau 
mencari sesuatu yang hilang.

Kau mungkin ingat dan tahu Quran itu pedoman,
tapi mungkin kau lupa untuk jadikan ia sebagai panduan.

Kalau kita kejar dunia, akhirat akan meninggalkan kita.
Kalau kita mengejar akhirat, dunia akan bersama kita.

Hati kau mungkin terpujuk bilamana kau lihat
Al-Baqarah : 216
"... boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

God's Love Letters Compilation is the best balm.
Given any time.

Satu check point telah lepas,
get ready for next ujian.
Kesatkan air mata.

Percayalah, Allah Maha Adil.
Jatuh tersungkur sekarang,
bangkitlah kerana Sang Ilahi.

"Every successful person has painful story.
Every painful story has a successful end"
-miss anon-

InnaAllaha Ma' As'sabireen
"Verily, Allah is with the patient!"
Al-Baqarah : 153

Jangan lupa doakan kemenangan Syria dan kesejahteraan umat Islam seluruh dunia.

Sorry for everything.

kbaii.


No comments:

Post a Comment