Monday 26 August 2013

[260813] S.a.Y.a.N.G

Sayang apa khabar denganmu ?
Di sini ku merindukan kamu.
Ku harap cintamu takkan berubah
Kerna disini ku tetap untukmu.

Kerana terlalu sayang,
masalah yang datang.

Kerana terlalu sayang,
kita mabuk kepayang.

Kerana terlalu sayang,
kita tak sanggup nak buang.

Tapi terkadang,
kita terpaksa.
Terpaksa merelakan ia pergi.

"kenapa tak buang je barang ni? macam dah takda guna je."

"sayang"

Sayang nak buang sesuatu tu.
memanglah ada setengah tu,
kita boleh beli sendiri.
beli sebagai pengganti.
tapi,
beli sendiri tak sama macam orang bagi.
nak nak bila orang yang 'tersayang' yang kasi.

'tersayang' tak semestinya calon zauj k.
ehem!
kalau calon zauj yang bagi,
berganda sayang lah kan.
ngee~

"bilik ni dah penuh. kalau ada barang tak guna tu, buang je lah. semak"

"sayang"

Itulah masalah aku.
SAYANG
sayang
sayang
Sayang nak buang barang.
Akhirnya,
bilik dah macam sarang.
Hmm.
-_-

Lain pula dengan cerita hamba Allah ni.

"kenapa still tunggu dia, walaupun terang tang tang nampak dia suka kat orang lain"

"sayang"

"orang cakap bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor"

"kuntum tak kuntum. ekor tak ekor. kumbang yang aku jumpa tu tak sama macam kumbang yang lain"

Haa, nampak tak ?
cerita kitorang sama tapi tak serupa.
cerita aku, sayangkan barang.
cerita dia, sayangkan orang.


Kepada : cik hati
(tak kiralah hati siapa yang terkena)

Assalamualaikum.
Apa khabar hati ?
Hati sihat ?

Wahai hati, secebis pesanan buatmu.

Wahai hati,
apa yang kita suka tu,
tak semestinya kita perlu.
terkadang kita terpaksa biarkan ia berlalu.
inshaAllah ada pengganti yang baru.
tapi, hati degil still nak yang itu.
nak wat guane lagi, kalo dah gitu ?

Wahai hati,
Boleh jadi juga sesuatu yang kita tak suka tu,
itulah yang terbaik buat kita.
Boleh jadi sesuatu yang kita suka,
adalah buruk buat kita.

Orang kata,
kadang kadang sesuatu tu hanya stay kat hati,
tapi tak semestinya kita harus memilikinya.

Wahai hati,
rasa sayang, rasa suka, rasa cinta,
 bila bila boleh datang,
bila bila juga ia boleh pergi.
dan bila bila je boleh datang balik.
Rasa sayang tu Allah pinjamkan untuk kita.
Hanya sementara.
Ingat tu !
Pinjam je,
Pinjam!
Pinjam!

Wahai hati,
jangan terlalu rapuh.
jangan terlalu cepat jatuh.
diri ini tak suka.
sila jadi kuat okay !

Wahai hati,
Kalau nak sayang, jangan sayang sangat.
Kalau nak benci pun jangan benci sangat,
Bersederhana ye,wahai hati.
Sederhana tu kan lebih indah.

Wahai hati,
Kalau nak terlalu sayang,
boleh.
tak salah.
Terlalu sayangkan Allah.
:)

Wahai hati,
sila jaga hati baik-baik.
diri tak sanggup nak tengok hati tercedera.

Wahai hati,
diri ini sayangkan hati.

ikhlas dari : diri


kbaii


1 comment: