Tuesday 7 May 2013

[070513] Diam !

Pernah aku cuba menerangkan hal sebenar
tapi dapat respond macam ni

" Kau diam boleh tak ? "

Dan kini aku memilih diam.
Bukan kerana tak ada yang menemani.
Tapi
Diam untuk hati aku.
Diam aku kerana cadangan kamu.
Diam aku demi kebaikan dia, aku dan kamu.
(mungkin)

Aku akan bercerita pada yang tepat.
Menyerah rahsia hati kepada
Dia yang sanggup merahsiakan.
Diam aku bukan taknak peduli tentang kamu.
Diam aku hanya memerhati.

Diam aku sebab taknak mengeruhkan lagi keadaan.
Dan aku minta maaf kerana diamku ini
seolah-olah aku seorang yang pengecut.

Tapi aku tetap dengan keputusan aku untuk berdiam.
Inilah saatnya menyimpan semua dalam diam.

Bercerita pada diri sendiri.
Berfikir sendiri.
Semuanya sendiri.

Aku rasa ini jalan terbaik.
Biar Dia yang menentukan pengakhiran ceritanya.
.
Serius.
Aku penat.

Dalam diam aku memendamkan.
Terkadang aku tak mampu pendamkan sorang-sorang.

Aku tak kuat.

Semoga aku, dia, kamu dan kita semua baik-baik sahaja.



No comments:

Post a Comment