Sunday 5 May 2013

[050513] Hati tak mungkin mengkhianati


Jangan kerana satu ayat, terputusnya satu perhubungan.
Jangan kerana satu perkataan,
terlerainya ukhwah yang telah terbina bertahun lamanya.

Ingat !
Kadang kadang apa yang kita dengar,
tak semestinya sama dengan apa kata hatinya.
Mungkin dihati sayang masih ada.
Tapi disebabkan ego yang menggunung,
 kata kata yang dihambarkan tak seperti apa yang tersirat kat hati.
Kadang kadang perkataan yang terkeluar dari mulut seseorang tu,
 dia tak berniat pun nak cakap macam tu.
Lagi lagi perempuan.
Macam saya
*angkat tangan.*

Kadang kadang,
 disebabkan satu perkataan yang salah ditafsirkan
 mewujudkan satu pergaduhan yang tak dijangka.

Fikiran boleh mempengaruhi tapi hati tak mungkin mengkhianati.
sentiasa mendengar kata hati yang berpenghunikan Tuhan (Allah)
Nescaya kamu beroleh kebahagiaan.

Pesanan !
Sebelum nak keluarkan kata-kata yang agak mengguris, menghiris, menggores, dan lain lain, fikir berkali-kali dahulu. Dan jangan lupa selidik sesuatu benda tu betul ke tak. Nanti diri sendiri jugak menyesal tak sudah. Hati orang kita kena jaga. Hati sendiri pun kena jaga juga.
okay?

"berfikir sebelum bertindak dan jangan terlalu ego! "

Kurangkan
Ego setinggi gunung ,
Sayang seluas laut,
Rindu seluas langit
Marah bak ombak memukul pantai.

Berpada-padalah !

"Jangan terlalu mencintai seseorang kelak kau akan membencinya,
Jangan terlalu membenci seseorang kelak kau akan menyayanginya"

 Anda mampu mengUBAHnya.

Ini kalilah !




No comments:

Post a Comment