Wednesday 29 May 2013

[290513] SARS

SARS
(Sasau Akibat Rasa Suka)

Bila mana si adam bertemu dengan si hawa.
Mula-mula berkawan biasa,
lama-lama tersuka.
Macam perkara biasa.
Tapi ianya luar biasa.

Tanpa kita sedar.
Tanpa kita duga.
Siapa sangka kan ?

Bila ditegur, menjawab pula.
“Alah, biasa la. kawan.”

Kawan , kawan juga.
Batas pergaulan jangan lupa.

Awal-awal sembang pasal hal keagamaan.
Lama-kelamaan bertukar topic pula kan.
Kalau dahulunya ikhtilat terjaga kerana ada sifat segan,
tapi kini ia pecah secara perlahan.
Kononnya confirm bakal suami isteri la kan !

Suka-suka di permulaan.
Bila dah kecewa, baru nak ingat Tuhan. 

Indahnya bermain kata
Manis bak gula-gula
Berjanji setia
Tapi sayang 
Diluahkan pada belum empunya.

Ya,
Cinta mampu membuat kita ketawa
Cinta juga mampu membuat kita hiba
Cinta membuat kita bahagia
Cinta juga membuat kita berduka

Bila terlalu banyak kata-kata
Akhirnya kata-kata pun hilang sweetnya

Dunia. Dunia.

Lebih baik pendam perasaan.
Luahkan hanya pada Tuhan.

Allahu

Mudah-mudahan kita sentiasa dibawah perlindunganNya.
Tabarakallah.

*Entry ni terhasil lepas aku tengok video kat bawah ni*

Awesome.
Layannnnnnnn...

kbaii.

No comments:

Post a Comment